Taman Pidato 'Speaker Corner'
Last Updated on Friday, 12 March 2010 05:46 Written by amalia rosmadi Friday, 12 March 2010 05:41
KENYATAAN AKHBAR
NAIB CANSELOR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
KAEDAH UNIK UUM MELAKSANAKAN SUDUT PIDATO:
‘TAMAN PIDATO (PIDATO PARK) DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA’
Berikutan permintaan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia supaya Sudut Pidato dihidupkan di universiti-universiti, NC UUM telah mengeluarkan arahan kepada Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal pelajar dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa supaya melaksanakannya dengan kaedah yang unik untuk UUM mewujudkan TAMAN DIDATO atau ‘Pidato Park’ yang menyamai Hyde Park di London.
NC, Tan Sri Nordin Kardi memberitahu bahawa lokasi Taman Pidato telah dikenal pasti, di mana meliputi Bulevard sepanjang kira-kira satu kilometer dari Bangunan Canselori hingga ke Pusat Islam.
Kedua-dua TNC, Hal Ehwal Pelajar dan Hal Ehwal Akademik dilibatkan kerana NC tidak mahu suudut pidato ini hanya membicarakan hal-hal politik dan pelbagai tuntutan pelajar yang sempit dan selalunya dikaitkan dengan bahagian Hal Ehwal pelajar, sebaliknya dijadikan medan untuk mendebatkan idea-idea baru, idealisma, falsafah, sains, kritikan buku, debat sastera, kemanusiaan, keagamaan, keluhuran dan keunggulan akademik, dan sebagainya.
Oleh yang demikian, sudut pidato bukan hanya tertumpu pada satu tempat dan pada satu masa sebaliknya pemidato boleh memilih dengan kreatif tempat dia hendak berpidato, jenis isu yang dikemukakan, audiens yang menjadi kumpulan sasaran. Beberapa pemidato boleh berpidato serentak pada satu masa di beberapa ‘spot’ yang mereka pilih sendiri di sepanjang Taman Pidato. Pemidato juga bebas memilih teknologi penyampaian yang disediakannya sendiri secara kreatif dan inovatif seperti yang diamalkan di Hyde Park, London.
NC yakin dengan keunikan cara UUM melaksanakan Sudut Pidato akan menjadikan Taman Pidato sebagi suatu produk ‘idea’ yang juga boleh menarik orang awam, termasuk pelancongan di UUM pada suatu jangka masa yang akan datang.
Taman Pidato ini akan dilaksanakan setiap hari Khamis, bermula jam 4.00 petang sehingga 7.00 petang.
Januari 2010
Last Updated on Wednesday, 17 February 2010 02:31 Written by Administrator Wednesday, 17 February 2010 02:30
|
TARIKH |
TEMPAT |
AKTIVITI |
PENGLIBATAN |
|
6 /1/2010 |
BILIK MESYUARAT MPP |
MESYUARAT BERKALA KALI KE-4 |
SEMUA MPP |
|
7-9/1/2010 |
KEM BINA NEGARA KAKI BUKIT, PERLIS |
KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI MPP& MT PERSATUAN DAN KELAB HEP |
SEMUA MPP& MT KELAB DAN PERSATUAN HEP |
|
9-10/1/2010 |
INFRA, KAJANG |
PROGRAM PENERANGAN 1 MALAYSIA |
MAJLIS TERTINGGI MPP |
|
12/1/2010 |
CANSELORI |
KUNJUNGAN HORMAT KE HEA |
SEMUA MPP |
|
13/1/2010 |
BILIK MESYUARAT MPP |
MESYUARAT SETIAUSAHA KERJA ( SUK ) MPP |
SEMUA SUK & SUA |
|
14/1/2010 |
CAS |
KUNJUNGAN HORMAT KE CAS |
MPP CAS |
|
15-17/2/2010 |
HOTEL SINGGAHSANA,P.JAYA |
JOWAHAKI ALUMNI FUNCTION |
WAKIL MPP |
|
19/1/2010 |
DEWAN BUDI SISWA |
KUNJUNGAN HORMAT KE PBS |
SEMUA MPP |
|
22/1/2010 |
PADANG KAWAD |
AKTIVITI PONGGAL FESTIVAL 2010 |
WAKIL MPP |
|
24/1/2010 |
DEWAN SEMINAR A |
SEMINAR I MALAYSIA |
SEMUA MPP |
|
25/1/2010 |
DKG 2/1 |
MAJLIS SYARAHAN YAB TUN MAHATHIR |
SEMUA MPP |
|
26/1/2010 |
COB |
KUNJUNGAN HORMAT KE COB |
MPP COB |
|
27/1/2010 |
DEWAN MAS |
MAJLIS UCAPAN NAIB CANSELOR & PERHIMPUNAN STAF BULANAN |
WAKIL MPP |
|
29/1/2010 |
EDC |
KURSUS ASAS PROTOKOL CAS |
MPP |













