MPP 2010
Last Updated on Wednesday, 17 February 2010 02:36 Written by Administrator Monday, 04 January 2010 01:07
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SESI 2009/2010
* Barisan kabinet Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia sesi
2009/2010 telah menerima watikah perlantikan sebagai ahli kabinet MPPUUM
pada 15hb Oktober 2009 dan telah mula menjalankan tugas serta-merta.
* Barisan MPPUUM yang dikepalai oleh saudara Mohd. Syafiq B. Japar
selaku Yang Dipertua MPPUUM sesi 2009/2010 dan dianggotai seramai
36 orang ahli kabinet. 6 orang ahli Majlis Tertinggi, 3 orang pengerusi kolej
yang masing-masing mewakili tiga kolej akademik di UUM iaitu Kolej
Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa; Kolej Perniagaan
dan Kolej Sastera dan Sains. Manakala ahli majlis selebihnya seramai 27
orang memegang portfolio sebagai exco bagi ketiga-tiga kolej akademik.
* Sepertimana barisan MPPUUM sebelum ini, setiap kolej akademik
dibarisi seramai 10 orang ahli yang diketuai seorang pengerusi kolej dan
9 orang exco. Sebanyak 9 exco telah dibentuk dan beberapa exco diberi
‘nafas baru’ dengan penamaan semula melalui penggabungan beberapa
exco menjadi satu exco. Antaranya exco komuniti dan integrasi serta exco
hal ehwal antarabangsa digabungkan bersama menjadi exco komuniti,
integrasi dan hal ehwal antarabangsa. Manakala, bagi exco latihan dan
akademik diperluaskan bidang tugasan kepada exco kepimpinan, latihan
dan akademik. Satu exco baru telah diwujudkan iaitu, exco logistik dan
kemudahan.Beberapa program telah disertai dan diorganisasikan oleh
MPPUUM bermula sebaik sahaja watikah perlantikan. Rentetan program
atau aktiviti adalah seperti berikut:














