Monday, September 06, 2010
   
Text Size

annnoucement

SLSS Program

Assalamualaikum and good day,

Please be informed that the University Teaching Learning Centre (UTLC), under the Student Learning Support Services (SLSS) program, will organize workshops for UUM students. Participation is free of charge, but space is limited. Attendance certificate will be given to all participants.

The workshops are scheduled between July 2010 and September 2010. Below are details of the workshops.

Subject:     Aplikasi penerbitan elektronik dalam penghasilan tugasan

Facilitator:  Mr. Jasni Ahmad / Mr. Norhissam bin Sulaiman

Date  : 22  September

Time  :       8.00 – 4.30 pm

Venue:       FE1 Computer Lab, Economic Building

Subject:     LEARNING ENGLISH WITHOUT TEARS: TOTAL ACTION!

Facilitator:  Dr Siti Jamilah Bt Bidin

Date  :       28 September (Tuesday)

Time  :       10.00 – 12.00 pm

Venue:       PSB Auditorium

Subject:     Preparing for Exam

Facilitator: Mdm.  Rafidah Bt Abd Razak

Date  :       28 September (Tuesday)

Time  :       2.30-3.30 pm

Venue:       PSB Auditorium

Subject: Basic Stats III (Correlation)

Facilitator:  Dr. Lim Chee Chee

Date  : 29  September

Time  :       1.00-2.00 pm

Venue:       Workshop Room C, Convention Complex

Students are encouraged to confirm their participation by contacting En. Mohd Ashraf Syafareez in advanced email ( This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it ) or by telephone (04-9284043)

Thank you

 

 

Pakaian kebangsaan

MESYUARAT MEU yang bersidang pada 29 Julai 2010 (Khamis) telah bersetuju dengan cadangan kod pakaian untuk semua staf dan pelajar lelaki iaitu Pakaian Kebangsaan (baju cekak musang, bersongkok dan bersamping) pada setiap hari Ahad minggu kedua dan minggu keempat setiap bulan berkuat kuasa pada 15 Ogos 2010.

Sehubungan dengan itu, semua staf dan pelajar lelaki diingatkan memakai pakaian kebangsaan pada minggu berkenaan.

Semoga dengan pelaksanaan cadangan ini akan dapat memupuk semangat kebangsaan dalam kalangan warga Universiti Utara Malaysia.

Terima kasih.

 

Student Accommodation Centre

 

Salam ukhuwah. Semua warga kampus yang dihormati,

Dimaklumkan bahawa Pusat Penginapan Pelajar  (Student Accommodation Centre) telah memulakan operasi pada  01 Julai 2010 di Bangunan Hal Ehwal Pelajar. Fungsi penubuhan pusat ini antaranya :

* Mengurus dan menyelaras kemudahan serta penginapan pelajar di dalam kampus, DPP Maybank,

* Menyelaras penginapan pelajar di luar kampus

* Mengurus tempahan rumah tamu dan dewan di DPP

* Menyelaras  semua urusan kafeteria dan medan selera di Dewan Penginapan Pelajar

* Menyelaras dan pemeriksaan kawalan kualiti dan harga/menu di kafeteria dan medan selera

* Menyelaras dan memantau perkhidmatan bas kitaran kampus

* Menyelaras penyenggaraan dan kerja-kerja pembaikan di DPP

* Menyelaras stiker kenderaan Pelajar

Pegawai yang boleh dihubungi:-

Puan Hajjah Maimunah Hj Mohamad

Pengarah

Telefon : 928 3204/ This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

   

Takwim Ramadhan 1431H‏

Assalamualaikum & Salam Ramadhan


Semua muslimin dan muslimat,sila dapatkan Takwim Ramadhan 1431H di kaunter Pusat Islam UUM dan kaunter Pusat Islam Bukit Kachi sambil menyumbang kepada program ihya' Ramadhan 1431H.


Sebarang pertanyaan sila hubungi, talian 049285803/06 ust syaril Fazli/ Ustz Madihah.

Terima kasih.

 

IKLAN TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR SESI KEDUA TAHUN 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) telah membuka permohonan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor bagi Sesi Kedua Tahun 2010 mulai 2 Ogos 2010. Berikut adalah syarat-syarat kelayakan permohonan;


1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:

i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

ii) Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

iii) Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; atau

iv) Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.


2. Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:

i) Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor: Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan serta pengajian peringkat sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-level/ACCA/ Ijazah Lanjutan).

ii) Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ Negeri Selangor: Bidang Kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja.


3. Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik seperti berikut :

Peringkat Pengajian Kelayakan Akademik Ijazah Pertama ·

Memperolehi kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau · Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STPM; atau · Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STAM.


Diploma · Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM;atau · Memperolehi kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas. Sijil IPT.A · Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM Sijil IPTS (bidang kemahiran & teknikal sahaja) · Memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM;



PROSEDUR PERMOHONAN


1. Borang permohonan berharga RM3.00 boleh diperolehi melalui :

i) Kaunter: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 3, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam; atau

ii) Pos: Dengan mengemukakan sampul surat 16 cm X 23 cm yang dilekatkan dengan setem 50 sen beralamat sendiri serta no. Telefon untuk dihubungi beserta wang pos/ money order bernilai RM3.00 atas nama Bendahari Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor ke alamat seperti yang tersebut di bawah. Borang-borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus ke alamat berikut : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan


2. Tarikh tutup permohonan adalah pada 01 Oktober 2010 (Jumaat). Borang-borang yang diterima selepas tarikh tersebut atau didapati tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.


Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan permohonan, sila hubungi Urusetia di talian 03-5521 2275 atau 03-5544 7480/7543.


3. Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya. Keputusan permohonan boleh disemak melalui laman web rasmi Negeri Selangor www.selangor.gov.my.

   

Page 1 of 9

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday174
mod_vvisit_counterYesterday249
mod_vvisit_counterThis week571
mod_vvisit_counterLast week1710
mod_vvisit_counterThis month1289
mod_vvisit_counterLast month8524
mod_vvisit_counterAll days53622

Online (20 minutes ago): 7
Your IP: 38.107.191.105
,
Today: Sep 06, 2010
Restore Default Settings